Program Semarak Sukan Merdeka 2020

1 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Ogos 2020, bertempat di Dewan Serbaguna Penghulu Long, Kampung Telok Rimba di adakan Program Semarak Sukan Merdeka 2020 dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Telok Rimba bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif di dalam aktiviti dan program yang di anjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital dan MPKK setempat. Selain daripada itu, tujuan program ini dijlankan adalah untuk menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara dalam kalangan belia.

Pelbagai pertandingan yang di adakan semasa program ini dijalankan sebagai contoh pertandingan badminton, dart, memanah, mewarna, dan kereta lumba (racing car). Program ini dirasmikan oleh Ketua Kampung Telok Rimba iaitu Tuan Haji Md Nor Bin Haji Hassim. Disamping itu juga, Pengurusan Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas juga mewawarkan tentang kelas tambahan secara percuma iaitu eKelas yang dianjurkan oleh Maxis. Dengan adanya eKelas ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar dan sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara digital. Di antara yang terlibat adalah pelajar sekolah, guru-guru, Pusat Ekonomi Digital Paya Jakas, Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba dan MPKK Telok Rimba. Pada akhir program dapat dilihat aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat golongan belia menyertai program ini. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan dengan sambutan lebih ramai lagi pada masa akan datang.

Program ini berlangsung selama 6 jam bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali